the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perkhidmatan di PEDi boleh ditambah baik, permudah perdaftaran PADU

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di beberapa Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara bagi melancarkan lagi proses pendaftaran dan pengisian maklumat Pangkalan Data Utama (PADU).

Pengarah Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan Siti Zakiah Muhamad Isa berkata antaranya mewujudkan juru bahasa Cina dan Tamil kerana ada pengguna menghadapi masalah bahasa untuk mengisi maklumat diperlukan.

Ini katanya melambatkan proses pengisian maklumat dalam sistem PADU sehingga menyebabkan kesesakan di sesetengah PEDi.

“Selain itu menggiatkan jalinan kerjasama antara beberapa PEDi di kawasan berhampiran susulan terdapat premis yang sesak dengan pengunjung dan memerlukan lebih ramai pekerja dan dengan ini proses pendaftaran akan lebih tersusun dan lancar,” katanya kepada pemberita di PEDi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan di sini hari ini.

Beberapa PEDi di seluruh negara menjadi tumpuan orang ramai selepas pelancaran PADU Selasa lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sistem itu dibuka bagi pengesahan dan pengemaskinian data isi rumah melibatkan semua rakyat berumur 18 tahun ke atas, sehingga 31 Mac ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Kedah Sharliza Saary berkata tinjauannya di PEDi Bawah Gunung di Baling mendapati pusat itu mendapat sambutan sangat menggalakkan terutamanya daripada golongan dewasa dan warga emas yang hadir seawal 9 pagi.

“Selain mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai PADU, mereka juga menggunakan kemudahan yang ada di PEDi untuk mengisi maklumat berkenaan,“ katanya ketika ditemui Bernama di PEDi Pekan Sik dekat sini, hari ini.

Di Negeri Sembilan, Rozina Ahmat, 51, berkata beliau mengisi butiran maklumat Sistem PADU di PEDi Senawang 1 dengan dibantu pegawai perangkaan di pusat Internet tersebut.

Ibu tunggal kepada sembilan anak itu yang mengakui kurang mahir mengisi borang secara dalam talian berkata pegawai bertugas di PEDi telah memudahkan urusan beliau.

“Sekejap sahaja nak isi dalam Sistem PADU ini, saya juga telah mengalakkan rakan-rakan di kawasan perumahan ini untuk mengisi maklumat tersebut, jika risau atau tidak mahir boleh berjumpa dengan pegawai di PEDI, tiada masalah,“ katanya.

Dalam pada itu, Pengurus PEDi Telaga Daing, Terengganu Aimi Nadia Azmi berkata hebahan berterusan mengenai PADU oleh kerajaan menerusi pelbagai platform media ternyata telah memberi keyakinan kepada orang ramai sekali gus melancarkan urusan pendaftaran.

“Kalau dulu orang ramai sentiasa takut sebab dimomokkan dengan bahaya beri maklumat peribadi kita, takut kena scam dan sebagainya. Tapi, bila kerajaan banyak buat promosi menerusi berita dan media, orang kampung jadi faham, mereka tidak banyak tanya atau bimbang akan kebocoran maklumat peribadi lagi,” katanya.

Di Johor, seorang pekerja hotel Afiq Danish Roslan,18, mencadangkan agar kerajaan membuka kaunter pendaftaran PADU di tempat tumpuan ramai bagi mengalakkan lebih ramai mendaftar dengan sistem tersebut.

“Macam semalam, saya cuba mendaftar di rumah beberapa kali, namun gagal. Hari ini saya datang atas urusan lain di pejabat ini dan terdapat kaunter pendaftaran PADU di sini, jadi saya terus mendaftar. Alhamdulillah sangat mudah,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img