the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perlekeh Premier Sarawak, polis rakam kenyataan Bozz Jebat

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah merakam keterangan Bozz Jebat atau nama sebenarnya Zool Amali Hussin bagi membantu siasatan ke atas 45 laporan polis berkaitan dakwaan menghina Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah memohon bantuan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) untuk merakam percakapan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban itu.

“Unit USJT telah menggunakan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras untuk merakam percakapan Zool Amali bermula dari 1.45 tengah hari sehingga 3.40 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bozz Jebat didakwa telah mengeluarkan kenyataan biadap dengan merendah-rendahkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerusi sebuah video berdurasi empat minit yang dimuat naik seorang individu di laman sosial, 29 Feb lepas.

Zam Halim berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, media melaporkan laporan polis telah dibuat Setiausaha Politik Premier Sarawak John Nyigor di Balai Polis Satok, Kuching terhadap “Bozz Jebat” yang turut didakwa mengeluarkan kenyataan di dalam video itu seolah-olah Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar says leadership must be earned through results

Anwar said Aminuddin has earned the coalition’s continued backing because of his performance in leading the state administration, his commitment to the people and ability to attract investments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings