the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Phone scam: Tujuh lelaki warga Jepun ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh lelaki warga Jepun kerana disyaki terbabit dengan sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam dalam serbuan terhadap sebuah kediaman di ibu negara, Isnin lepas (13 Nov).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata tangkapan kesemua suspek berusia 23 hingga 41 tahun itu dibuat selepas menerima laporan daripada pihak Kedutaan Jepun di Malaysia pada hari sama.

“Pihak Kedutaan Jepun memaklumkan mereka menerima aduan (daripada) seorang warganya yang ditipu dengan tawaran pekerjaan di Malaysia dan hanya mengetahui menjadi mangsa penipuan selepas tiba di negara ini dengan tawaran berkerja sebagai scammer.

“Sindiket ini menjalankan kegiatan phone scam menggunakan aplikasi Skype dengan menyasarkan warga Jepun,“ katanya pada sidang media khas, di sini hari ini.

Ramli berkata siasatan lanjut juga mendapati modus operandi sindiket itu adalah dengan menyamar sebagai pegawai bank bagi memperdayakan mangsa bahawa akaun bank mereka mempunyai masalah dan perlu membuat bayaran ke akaun bank sindiket bagi menyelesaikannya.

Beliau berkata dalam serbuan itu, sebanyak 11 unit telefon bimbit, sebuah modem, satu plastik hitam yang mengandungi beberapa barangan elektronik, satu tukul besi dan serangkai kunci, dirampas dan kesemua suspek yang telah ditahan reman sehingga semalam kini ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Walaupun penglibatan warga Jepun dalam kegiatan penipuan di negara ini jarang kita dengar tetapi sindiket ini gigih mencari pelbagai cara baharu untuk mencari mangsa,“ katanya sambil menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan taktik baharu sindiket penipuan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 115 laporan diterima membabitkan kerugian RM118.6 juta berhubung kes pengubahan wang haram melibatkan syarikat pelaburan i-Serve yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan MYAirline.

Ramli berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan dan setakat ini 10 individu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Siasatan terhadap i-Serve dan rangkaian syarikat di bawahnya bermula pada 17 Okt lepas apabila pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings