the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM luang masa tinjau Bazar Ramadan di Kangar

KANGAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Persiaran Wawasan di sini, bersempena dengan lawatan singkatnya ke Perlis.

Anwar tiba di bazar itu pada 6 petang dengan diiringi Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan negeri Asrul Aimran Abd Jalil.

Dalam kunjungannya selama 20 minit itu, Perdana Menteri sempat beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai yang mengunjungi bazar yang turut dikenali sebagai Bazar Ramadan Rahmah MADANI yang juga merupakan terbesar dan popular di Kangar.

Terdapat sebanyak 139 peniaga menjual makanan dan minuman di bazar berkenaan dengan 32 daripadanya menjual Menu Rahmah.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan taklimat pembangunan negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan disertai Mohd Shukri.

Perdana Menteri dijadualkan menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri Perlis di Masjid Nurul Huda Felda Chuping, dekat Padang Besar malam ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings