the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis ambil keterangan Presiden PAS esok

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu di sini esok berhubung kenyataan beliau bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’ pada 20 Feb lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (gambar) berkata tarikh tersebut diberikan oleh pegawai khas Abdul Hadi selepas mendapati kesihatan Ahli Parlimen Marang itu semakin baik.

“Kita akan ambil keterangan beliau esok pukul 2.30 petang di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman antara Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din dengan Datuk Khaw Kok Chin serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Hazani Ghazali kepada Mohd Kamarudin di Pulapol Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Razarudin berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap Abdul Hadi berhubung kenyataan beliau yang disiarkan di portal berita milik PAS pada 20 Feb lepas yang didakwa ditujukan kepada beberapa pihak termasuk Raja-Raja Melayu.

Pada 29 Feb lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin Datuk Muhamad Munir Bani memaklumkan Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 15 Feb lepas.

Susulan itu, baginda berkenan mengutus surat kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Surat lima halaman itu antara lain menyebut kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings