the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis: Banjir di Pasir Mas terkawal

PASIR MAS: Banjir di jajahan Pasir Mas terutama di Rantau Panjang masih terkawal walaupun paras air Sungai Golok telah melepasi bahaya sejak malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas Supt Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata usaha menyelamat mangsa banjir digembleng melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pasukan SMART menggunakan aset serta logistik masing-masing.

“Jika lihat banjir sebelum ini (tahun lepas) mangsa lebih tinggi malah pernah mencatat lebih 11,000 orang dan sebanyak 38 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka,“ katanya pada sidang media di Pondok Polis Repek, di sini hari ini.

Nik Aminuddin berkata walaupun kenderaan ringan tidak boleh masuk ke Rantau Panjang, pasukan penyelamat menggunakan kenderaan berat seperti lori dan bot bagi meneruskan operasi membantu mangsa terkesan banjir.

“Bermula daripada jambatan Lubok Jong kita telah menutup laluan kepada semua kenderaan ringan berikutan Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang telah dinaiki air hampir satu meter pagi tadi.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya meminta pengguna media sosial tidak menyebarkan maklumat yang boleh menimbulkan keresahan awam berkaitan situasi banjir di Pasir Mas terutamanya Rantau Panjang.

“Ada pengguna media sosial menyebarkan maklumat ‘Kelantan lumpuh’ akibat banjir namun maklumat itu tidak benar malah ia akan menimbulkan keresahan masyarakat awam.

“Jangan bertindak sedemikian dan sebarang maklumat boleh berhubung dengan pihak polis dan agensi berkaitan bagi mendapat maklumat tepat,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ogilvy unveils inaugural 2026 APAC Believability Index as study reveals hidden cost of lost...

Ogilvy's inaugural APAC Believability Index reveals that 93% of consumers quietly disengage when trust is lost, highlighting the commercial impact of declining credibility. The study also introduces an AI-powered diagnostic tool to help organisations identify reputational risks and strengthen consumer confidence.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings