the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis: Gajah sesat terlibat kemalangan berjaya ditangkap

KUALA TERENGGANU: Seekor gajah betina yang dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan sebelum ia melarikan ke dalam hutan di Kampung Kolam, Setiu di sini malam tadi berjaya ditangkap hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Husin berkata gajah itu ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Besut di sekitar Telaga Papan, Setiu pada kira-kira 1 tengah hari tadi.

“Haiwan liar itu ditangkap di kawasan kebun kelapa sawit berdekatan sebuah kampung iaitu kira-kira 20 kilometer (km) dari lokasi berlakunya kemalangan.

“Selepas ini gajah tersebut akan dihantar ke kawasan hutan simpan sama ada di Gerik, Perak atau Hulu Terengganu untuk dilepaskan semula jauh dari penempatan manusia,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu Bernama melaporkan Sharul Azma Che Samaon, 42, terselamat selepas kenderaan jenis Porsche Cayenne dipandunya terlanggar seekor gajah sesat yang berada di tengah jalan di KM 45, Kampung Kolam di Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, malam tadi.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kenderaan dipandunya rosak di beberapa bahagian hadapan antaranya cermin retak, bampar dan lampu pecah selain kemek pada bonet dan ‘fender’.

Gajah tersebut yang sebelum itu dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan pada 6.30 petang, dilaporkan cedera di bahagian kaki sebelum melarikan diri dengan masuk ke kawasan hutan kira-kira 10 minit selepas perlanggaran itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings