the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kesan dua beradik hilang sejak Isnin

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua adik-beradik lelaki berusia 16 dan 15 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor sejak pagi Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata kedua-dua remaja berkenaan dikenali sebagai Wan Azfar Fitri Wan Azhar dan adiknya Wan Azfar Zikri kali terakhir dilihat di rumah mereka di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya selepas balik daripada solat subuh di surau pada pagi Isnin itu.

“Pakaian terakhir mereka ialah berbaju warna tidak pasti dan berseluar trek warna gelap, kehilangan remaja berkenaan disedari oleh ibu bapa mereka pada 6.30 pagi Isnin lepas apabila mendapati mereka tiada di rumah, difahamkan mereka keluar rumah tanpa memberitahu ibu bapa selepas pulang dari surau,” katanya kepada Bernama malam ini.

Menurut Ahmad Faizal, kedua-dua ibu bapa remaja berkenaan membuat laporan polis pada 9.19 pagi keesokannya (Selasa).

Remaja terbabit juga katanya, tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri kerana disimpan oleh ibu mereka serta tidak mempunyai telefon bimbit.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua beradik berkenaan supaya memaklumkan balai polis berhampiran atau menghubungi ibu bapa remaja itu menerusi talian 01133772289 dan 01111335305 atau pegawai penyiasat 0135547435. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings