the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis rampas rokok, arak bernilai lebih RM310,000

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 12 merampas sejumlah rokok serta arak pelbagai jenama bernilai lebih RM310,000 dalam serbuan yang dijalankan di Permy Technology Park, Miri kira-kira 800 kilometer ke utara dari sini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata seorang lelaki berusia 26 tahun turut ditahan.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut pihak polis telah merampas rokok dan minuman beralkohol pelbagai jenama tanpa cukai,“ katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Alexson berkata kesemua barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya di bawah Akta Kastam 1967.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan untuk tidak terlibat atau bersubahat dalam aktiviti pembelian dan penjualan barangan tanpa cukai.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan ini dan orang awam dinasihatkan untuk mendapatkan bekalan daripada pengedar yang sah serta melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak polis,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings