the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis siasat pelajar maut dilanggar lari

IPOH: Polis sedang menyiasat kejadian seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun maut dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian tersebut dan kini sedang dalam proses memanggil saksi untuk membantu siasatan.

“Kita telah dapat laporan daripada beberapa saksi. Pegawai saya akan panggil saksi berkenaan dan buat siasatan lebih lanjut,“ katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Mohd Yusri berkata pihaknya juga sedang menunggu laporan bedah siasat untuk proses pertuduhan.

Beliau berkata mayat pelajar itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini untuk proses bedah siasat.

Terdahulu tular hantaran oleh orang awam di laman Facebook mengenai kejadian berhampiran sekolah SMK Jati, di Meru memaparkan gambar pelajar lelaki berkenaan yang didakwa dilanggar oleh sebuah kereta. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings