the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis siasat pergaduhan melibatkan pegawai MB Kedah

ALOR SETAR: Polis telah membuka dua kertas siasatan mengenai kejadian pergaduhan yang tular di media sosial, melibatkan beberapa individu termasuk seorang lelaki yang dipercayai pegawai Menteri Besar Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata pihaknya menerima laporan daripada dua lelaki tempatan berusia 48 dan 54 tahun berkaitan video berdurasi satu minit 20 saat yang tular di aplikasi TikTok, semalam.

“Laporan pertama diterima pada 1.25 pagi semalam, diikuti laporan kedua pada 10.58 pagi hari yang sama. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 11.50 malam Ahad lalu di Alor Setar.

“Berdasarkan rakaman video, beberapa individu dilihat bertengkar mulut dengan seorang lelaki yang duduk di bahagian pemandu sebuah kenderaan manakala individu lain berada di luar kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis telah membuka kertas siasatan berasingan berkaitan kejadian itu di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk dirakam keterangan. Polis menasihati orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan sementara siasatan dijalankan.

“Polis juga menyeru saksi kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings