the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis sita 113 motosikal dalam Op Samseng Jalanan

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 113 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan dalam Op Khas Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Taman Sama Gagah, Seberang Jaya, di sini dalam operasi awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata sebanyak 334 saman turut dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan dalam operasi bermula 12 tengah malam dan tamat empat jam kemudian itu.

Beliau berkata operasi dijalankan secara bersepadu itu membabit lebih 100 pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman bersama kontinjen Pulau Pinang dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT dalam usaha membanteras kegiatan samseng jalanan atau mat rempit.

“Dalam operasi itu sebanyak 113 motosikal disita dan 334 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dibenarkan, tiada cermin sisi dan ubah suai motosikal tanpa kebenaran,“ katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pihak polis tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral seperti itu dan operasi secara giat akan diteruskan bagi membendung kegiatan tersebut.

Sementara itu, IPD Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan pihak polis menyita lima motosikal dan mengeluarkan 40 saman kerana pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan sekitar Bayan Lepas awal pagi semalam.

Kenyataan itu memaklumkan selain membendung samseng jalanan, operasi tersebut juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Operasi itu juga tertumpu di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan mat rempit melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah,“ menurut kenyataan itu.

Operasi itu akan diteruskan pada setiap minggu bagi mencegah gejala mat rempit yang sering mengganggu ketenteraman awam. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings