the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Terengganu rampas dadah bernilai RM3.6 juta tahun ini

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.6 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 30 Sept tahun ini, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin.

Beliau berkata rampasan itu melibatkan dadah seberat 789.71 kilogram dan 6,825.51 liter jenis cecair, yang antaranya merangkumi pil yaba, syabu, heroin, ganja, pil eramin 5, air ketum, daun ketum, ubat batuk dan pil psikotropik.

Bercakap pada Majlis Penyerahan Barang Kes Narkotik Bagi Program Pelupusan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Terengganu hari ini, beliau berkata 1,044 kertas siasatan di bawah kategori bekalan juga telah dibuka di bawah Seksyen 39B, 39A(2) dan 39(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Selain itu sebanyak 2,330 kes di bawah kategori permintaan iaitu meliputi Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 telah dibuka dan ia mencapai Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Bukit Aman,“ katanya. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan.

Sementara itu Mohd Khairi berkata 24,306.74 kilogram dan 1,989.27 liter dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM2.3 juta dilupuskan hari ini, membabitkan 2,958 kertas siasatan yang berjaya diselesaikan dari 1991 hingga 2024.

“Pelupusan melibatkan dadah jenis methamphetamine, syabu, heroin, ganja, ecstasy dan beberapa lagi. Kesemua dadah ini sudah mendapat perintah mahkamah untuk dilupuskan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings