the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis terima laporan kanak-kanak setahun didera pengasuh di Sikamat

SEREMBAN: Polis menerima laporan berhubung kejadian penderaan kanak-kanak lelaki berusia setahun di Sikamat, seperti yang tular di media sosial, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Mohd Rosli Ishak.

Beliau berkata pihaknya telah mengesan satu kenyataan tular di aplikasi Instagram oleh pemilik akaun @faradelyn.aris, yang mendakwa anaknya didera oleh pengasuh.

“Semakan pihak polis mendapati satu laporan polis diterima pada 7 Dis lepas berkaitan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rosli berkata orang ramai diingatkan tidak terlibat dalam apa-apa bentuk penganiayaan atau pengabaian ke atas kanak-kanak.

Dalam pada itu, pemilik akaun Instagram @faradelyn.aris mendakwa ketika sedang menukar lampin, suaminya melihat banyak kesan lebam di belakang badan anaknya itu pada 5 Dis.

Menurut ibu mangsa itu, mereka menghantar anaknya itu kepada pengasuh tersebut baharu tiga bulan dan selama tempoh tersebut, dia mendapati terdapat kesan lebam pada badan anak tetapi tidak dimaklumkan oleh pengasuh berkenaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings