the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Politeknik Ungku Omar akan dinaik taraf, tawar program lanjutan

PUTRAJAYA: Politeknik Ungku Omar akan dinaik taraf kepada politeknik berstatus Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) yang menawarkan program lanjutan dan lebih kompetitif menerusi Transformasi Politeknik 2023-2030.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata ia antara fokus yang digariskan di dalam pelan transformasi itu di bawah kementeriannya bagi membentuk dan melahirkan bakat terbaik negara.

Beliau berkata menerusi penaiktarafan itu, komposisi peringkat pengajian di Politeknik Ungku Omar akan menyaksikan peningkatan tawaran sehingga 50 peratus dalam program ijazah.

“Kesemua ini disusun ke arah mengembangkan Politeknik Apex ini menjadi sebuah institut teknologi. Kami harap usaha transformasi politeknik ini akan dapat sedikit sebanyak menjelmakan aspirasi terhadap bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara kita,” katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika berucap pada majlis peluncuran Transformasi Politeknik 2023-2030 oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Kerangka Transformasi Politeknik 2023-2030 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu merumuskan empat matlamat, tiga inisiatif pembaharuan berstrategik, 13 agenda pembaharuan kritikal dan 18 objektif strategik.

Beliau berkata melalui transformasi dirancang, KPT fokus dalam membangunkan ekosistem politeknik untuk menyediakan pendekatan pengajian yang pelbagai termasuk memberi peluang kepada mereka yang sudah bekerja atau terlepas peluang mengikuti pengajian di peringkat muda.

Sehubungan itu, katanya, tiga strategi digariskan iaitu Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) terutama oleh Politeknik METrO yang membolehkan individu sudah bekerja mengikuti pengajian tanpa perlu berhenti kerja.

Mohamed Khaled juga berkata penawaran pelbagai program pentauliahan mikro bersifat jangka pendek membolehkan sesiapa sahaja di luar sana menambah kelayakan diri dan penubuhan Pusat Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) A di Politeknik Ungku Omar.

“Pusat ini akan menyelaras proses menukar pengalaman kerja atau kelayakan semasa anak muda yang tidak mempunyai pendidikan menjadi syarat yang mencukupkan mereka menyertai pengajian tinggi khususnya di politeknik.

“Harapan kita, selepas ini sesiapa sahaja tanpa mengira latar usia dan peringkat pengajian akan berpeluang menyertai program pengajian di politeknik,” katanya.

Bagi melengkapkan kerjasama dan hubungan dengan industri, Mohamed Khaled berkata penubuhan Pusat Pemahiran Semula dan Peningkatan Kemahiran (RUC) di pelbagai politeknik dibuat dalam Transformasi Politeknik 2023-2030.

“Secara asasnya, RUC merupakan satu tawaran pakej atau program latihan yang dilaksana oleh politeknik kepada pihak industri menggunakan pendekatan Penswastaan Sektor Masa (TSP) iaitu suatu perkongsian pintar dan perkongsian sumber bersama pihak industri,” katanya.

Beliau berkata melalui RUC, politeknik akan menyusun dan menawarkan khusus atau skim latihan spesifik yang berupaya meningkatkan kemahiran serta kompetensi pekerja industri terutama dalam aspek yang dilihat ketinggalan susulan revolusi dan anjakan teknologi.

“Sebagai permulaan, sebanyak 16 politeknik telah dikenal pasti dengan sasaran 3,000 pekerja industri secara berperingkat,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings