the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Kemaman: Raja Mohamed Affandi lega penerimaan baik pengundi

CHUKAI: Bertanding buat kali pertama, calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor lega usaha bertemu pengundi tanpa lelah sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, yang memasuki hari keempat hari ini, menampakkan hasil positif.

Dengan niat menabur jasa kepada kampung halamannya, bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata sebaik selesai penamaan calon Sabtu lepas, beliau telah mendekati pelbagai kelompok pengundi dari waktu subuh hingga ke tengah malam dan kesemua mereka menurutnya memberikan maklum balas baik.

“Kita pergi banyak tempat dah, termasuk hari ini kawasan Geliga, Kuala Kemaman dan Paya Berenjut dan ada yang menangis gembira berjumpa saya, jadi mudah-mudahan kita dapat memaksimumkan liputan (perjumpaan dengan penduduk) di sini.

“Semua nampaknya setuju dengan calon nombor satu, jadi saya rasa parameter semakin baik. Harapan saya momentum itu kekal sehingga 2 Dis ini,” katanya selepas mengadakan tinjauan mesra di pasar malam Paya Berenjut, di sini hari ini.

Pada PRK itu, Raja Mohamed Affandi berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 Nov ini bagi pengundian awal dan 2 Dis sebagai hari mengundi.

Raja Mohamed Affandi berkata sepanjang tempoh berkempen itu beliau juga telah mendengar pelbagai luahan dan harapan penduduk Kemaman.

“Jika saya diberi mandat, rintihan itu saya perlu ketengahkan dengan harapan saya dapat menjadi pemudah cara dan membuat yang terbaik untuk penduduk Kemaman,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings