the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Punca projek sekolah daif lewat disebabkan faktor kontraktor, tenaga buruh

KUALA LUMPUR: Pendekatan Plan-Do-Check-Act (PDCA) yang digunakan Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) dalam menyelesaikan projek sekolah daif mendapati punca kelewatan pembinaan sekolah daif antaranya disebabkan faktor kapasiti kontraktor dan tenaga buruh.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran (gambar) berkata selain itu, proses kerja yang tegar serta undang-undang sedia ada turut mempengaruhi kelewatan pembinaan projek sekolah daif.

“Hal ini menyebabkan tempoh pembinaan projek sekolah daif agak lama … justeru dalam hal ini, STAR telah mencadangkan penambahbaikan melibatkan beberapa proses kerja agar tempoh pembinaan dapat dipendekkan, dalam masa sama memastikan kualiti kerja yang baik antaranya tempoh 43 hari dikurangkan dalam fasa prapembinaan, manakala tempoh masa mendapatkan kebenaran meroboh aset mudah alih struktur bangunan dipendekkan kepada 47 hari sahaja.

“Secara keseluruhannya, tempoh masa untuk sempurnakan sesebuah projek selepas penambahbaikan ialah minimum 133 hari berbanding sebelum ini yang mengambil tempoh hingga 270 hari,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Hussin Ismail yang ingin mengetahui pendekatan PDCA yang diaplikasikan STAR dapat menyelesaikan satu-satu projek melibatkan sekolah daif di negeri yang berpendapatan rendah.

Beliau berkata terdapat tiga sekolah dijadikan sebagai projek rintis bagi mengkaji keberkesanan cadangan STAR iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Sekolah Kebangsaan Tan Sri Ghazali Jawi, Perak dan Sekolah Kebangsaan Sri Adika Raja, Perak.

“Setakat ini, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi yang melibatkan pembinaan empat bilik darjah dan dua tandas sudah berjaya disiapkan dan diserahkan dalam empat bulan, manakala dua sekolah lagi masih dalam pelaksanaan,” katanya.

Kulasegaran berkata beberapa inisiatif telah dilaksanakan bagi mengurangkan tempoh pembinaan sekolah daif antaranya kebenaran waktu bekerja lebih panjang untuk melipatgandakan pembinaan, proses pembayaran kepada kontraktor dipendekkan dan pelupusan aset mudah alih iaitu struktur bangunan dipermudah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings