the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pusat beli-belah digempur, 46 pekerja warga asing ditahan

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 46 pendatang asing tanpa izin yang bekerja di sebuah pusat beli-belah terkenal dekat Jalan Imbi di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Jafri Embok Taha berkata dalam Operasi Kutip (Op Kutip) bermula pada 2 petang itu pihaknya turut menahan empat majikan tempatan kerana menggajikan pendatang tanpa izin.

“Semua pendatang tanpa izin yang ditahan melibatkan 20 lelaki dan 26 wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun bekerja sebagai jurujual dan pembantu di kedai-kedai yang beroperasi di pusat membeli-belah ini.

“Mereka yang ditahan adalah empat warga Indonesia, Bangladesh (8), India (10), Myanmar (16) dan Pakistan lapan orang,“ katanya dalam sidang media selepas operasi berkenaan.

Jafri berkata operasi di pusat membeli-belah itu dijalankan selepas risikan selama seminggu berikutan aduan daripada orang awam yang bimbang mengenai kebanjiran warga asing yang bekerja di premis perniagaan.

Katanya pusat membeli-belah berkenaan merupakan satu daripada 20 lokasi panas pendatang tanpa izin yang telah dikenal pasti di ibu kota.

Menurutnya semua individu berkenaan ditahan kerana melakukan kesalahan iaitu tidak mempunyai pas atau permit sah, tinggal lebih masa dan gagal mematuhi syarat pas.

“Semua yang ditahan akan menjalani proses dokumentasi di Pejabat Imigresen Kuala Lumpur sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil,“ katanya.

Jafri berkata semua majikan yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil pandatang tanpa izin sebagai pekerja.

Katanya pihaknya turut mengeluarkan saman saksi terhadap 19 lagi majikan atas kesalahan sama berikutan mereka tiada di premis ketika operasi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ogilvy unveils inaugural 2026 APAC Believability Index as study reveals hidden cost of lost...

Ogilvy's inaugural APAC Believability Index reveals that 93% of consumers quietly disengage when trust is lost, highlighting the commercial impact of declining credibility. The study also introduces an AI-powered diagnostic tool to help organisations identify reputational risks and strengthen consumer confidence.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings