the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rakan kerjasama BN-Umno pada PRN Sabah ditentukan selepas DUN bubar – Zahid

KOTA BELUD: Rakan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bubar, kata Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno itu berkata parti itu sedia berkolaborasi dengan mana-mana parti asalkan mampu bermuafakat dalam menjaga kesejahteraan rakyat Sabah dan negara ini secara keseluruhannya.

“Kita punya pendirian politik ini pragmatik dan jalinan kerjasama (pada PRN Sabah) boleh dilakukan dengan mana-mana parti politik, yang penting kerajaan ditubuhkan mendapat dukungan majoriti rakyat.

“Dalam perkara ini, kepentingan utama (adalah untuk) kukuhkan kerajaan Perpaduan, sama ada di peringkat nasional atau negeri, semangat itu harus ada,“ katanya pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Rumah Terbuka Sambutan Krismas Kadamaian di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian.

Sementara itu, Ahmad Zahid menjelaskan tiada pergolakan politik berlaku di Sabah dan keberadaan beliau di negeri ini adalah bagi menghadiri majlis hari ini.

Menurutnya pertemuan dengan pemimpin politik dan rakan pemimpin lain di negeri ini malam tadi sebaliknya bertujuan mengemaskini kerja-kerja terutamanya melibatkan penyusunan jentera BN dan Umno dalam mendepani PRN Sabah nanti.

“Saya tolak dakwaan terdapat kemelut politik di Sabah… kita bertemu bersiap siaga, khususnya PRN Sabah walaupun berlaku selewat-lewatnya (tamat tempoh penggal) akhir tahun depan, tidak salah kita bersiap-siaga mulai sekarang.

“Jangan ada mana-mana pihak pula buat analisis atau apa-apa spekulasi sesuatu sedang berlaku di Sabah ini. Kita tumpu kerja kita dulu,“ katanya.

Beliau berkata dalam mendepani PRN Sabah juga, BN dan Umno Sabah mempunyai autonomi sendiri untuk memutuskan perkara-perkara, antaranya calon mewakili parti serta calon yang disokong sebagai Ketua Menteri, yang mana perkara itu perlu dimaklumkan kepada Pengerusi BN. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings