the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rasuah penguat kuasa: Dua pemilik syarikat barangan kitar semula direman tujuh hari

SEREMBAN: Dua pemilik syarikat barangan kitar semula direman tujuh hari disyaki menawar dan memberikan rasuah RM4,000 kepada seorang penguat kuasa di Negeri Sembilan, tahun lepas.

Perintah reman terhadap dua lelaki sehingga Isnin depan itu (29 Jan) dikeluarkan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zainab Yahya di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.

Suspek diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Redzuan Hakim Sulaiman.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan pihaknya menahan kedua-dua suspek lelaki berusia 40 tahun semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di pejabat SPRM negeri di sini kira-kira 4 petang.

Berdasarkan siasatan, kedua-dua suspek didakwa melakukan kesalahan itu pada tahun lepas dengan memasukkan wang tersebut secara dalam talian dan mesin deposit tunai ke akaun seorang penguat kuasa sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Awgkok Ahmad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings