the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sabah berusaha lakukan penambahbaikan untuk pastikan sistem penyampaian efisien

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah sentiasa berusaha melakukan pelbagai perubahan dan penambahbaikan bagi memastikan sistem penyampaian awam negeri terus efisien.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bagi tujuan itu, semua penjawat awam negeri tanpa mengira jawatan mempunyai tanggungjawab dan peranan untuk memastikan apa yang dihasratkan oleh kerajaan dapat dijayakan.

“Kerajaan negeri juga memberi penekanan kepada pengukuhan nilai-nilai integriti dengan mewujudkan Polisi Integriti dan Antirasuah Perkhidmatan Awam Negeri.

“Ini sangat wajar dititikberatkan dan diambil perhatian serius kerana daripada beberapa kes kejadian masa lalu, isu integriti, ketirisan dan salah guna kuasa kerap berlaku yang kadangkala turut melibatkan penjawat awam. Ini sudah tentu menjejaskan imej perkhidmatan awam,” katanya.

Hajiji berkata demikian pada Majlis Amanat serta Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Persekutuan Tahun 2024 di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin.

Beliau berkata Sabah turut memberi keutamaan kepada program pendigitalan dengan penekanan khusus dalam pembudayaan dan pembangunannya di peringkat perkhidmatan awam negeri.

Hajiji turut berterima kasih kepada penjawat awam atas sokongan dan dukungan bagi merealisasikan dasar kerajaan negeri selama tiga tahun beliau menerajui pentadbiran. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings