the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saifuddin: Proses verifikasi RTK 2.0 tamat 31 Mac

SHAH ALAM: Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menetapkan proses verifikasi membabitkan majikan dan pekerja asing bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 akan ditamatkan pada 31 Mac depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses verifikasi dilaksanakan setelah proses pendaftaran Program RTK 2.0 tamat pada 31 Dis lepas, dengan dianggarkan hampir 1.1 juta pekerja asing telah didaftarkan.

“Majikan mesti melakukan proses verifikasi dengan datang bersama pekerja mereka ke Pejabat JIM bagi pihak imigresen memastikan majikan tersebut sama ada telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pekerja itu pula betul-betul wujud,” katanya pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan Program RTK 2.0 di Jabatan Imigresen Selangor, di sini, hari ini.

Saifuddin berkata setelah berakhirnya tempoh proses verifikasi berkenaan, mana-mana majikan yang didapati masih menggajikan pekerja asing tanpa dokumen yang sah, mereka boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B; Seksyen 55E dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

“Jika majikan tidak tampil (membuat proses verifikasi) bermakna mereka tidak berminat untuk menggajikan pekerja asing (secara sah) dan telah melakukan pelanggaran undang-undang,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings