the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saksi: US$120 juta pinjaman KWAP kepada Src masuk ke akaun peribadi Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Abdul Razak menerima US$120 juta daripada hasil pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Pengarah Urusan Quantuma International Angela Barkhouse yang juga pakar pemulihan aset luar pesisir memberi keterangan bahawa wang berkenaan masuk ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri di Ambank menerusi tiga transaksi dari sebuah syarikat yang dikenali sebagai Blackstone Asia Real Estate Partners, dengan jumlah pertama US$70 juta pada 29 Dis 2011.

Barkhouse yang memberi keterangan sebagai saksi kedua dalam perbicaraan saman sivil SRC International berkata US$50 juta lagi diterima menerusi dua transaksi, masing-masing pada 12 Mac 2012 dan 22 Mei 2012.

“Transaksi ini ditanda dengan rujukan ‘AMPrivate Banking’ dalam penyata bank Blackstone dan saya dapat mengaitkan jumlah yang diterima dalam Ringgit (RM) dengan transaksi dari akaun Blackstone dalam dolar AS (US$) dengan menggunakan pertukaran mata wang.

“Nik Faisal Ariff Kamil (bekas ketua pegawai eksekutif SRC International) juga menerima US$82,000 daripada Blackstone Asia antara 27 Jan 2012 dan 8 Feb 2012,“ katanya semasa memberi keterangan secara dalam talian dari British Virgin Island dalam prosiding saman sivil US$1.18 bilion SRC International terhadap Najib di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

Dalam perbicaraan yang melibatkan Najib sebelum ini, telah dibuktikan di mahkamah bahawa Blackstone Asia Real Estate Partners adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, yang mempunyai nama serupa dengan firma ekuiti hartanah sebenar Blackstone Real Estate.

Barkhouse berkata terdapat pergerakan keluar dana dari Blackstone ke pelbagai perantara termasuk syarikat produksi filem anak tiri Najib, Red Granite Capital Ltd (US$17.5 juta), US$24.8 juta kepada Brightstone Jewellery Limited serta Alsen Chance Holdings Limited (US$168.5 juta), kedua-duanya dilaporkan dimiliki rakan sekutu Jho Low, Tan Kim Loong.

“Saya percaya bahawa berdasarkan bukti yang tersedia kepada saya terutamanya pemeriksaan terhadap maklumat perbankan yang berkaitan dengan Alsen Chance dan Brightstone, mereka adalah shell companies yang tidak menjalankan perniagaan sah, selain dari mengaut dana yang disalah guna dari 1Malaysia Development Berhad dan SRC International,“ katanya.

SRC di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman itu pada Mei 2021, atas dakwaan Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan terhadap dana berkenaan.

Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.

Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.

Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Perbicaraan bersambung esok. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings