the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seramai 109 rakyat Malaysia dilapor terkandas di Laukkaing, Myanmar

PUTRAJAYA: Seramai 109 orang warganegara Malaysia dilaporkan terkandas di bandar Laukkaing, utara Myanmar susulan pergolakan yang berlaku di wilayah itu, menurut Kementerian Luar Negeri.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata kebanyakan rakyat Malaysia itu dipercayai terdiri daripada mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Beijing dan Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming sedang menyelaras usaha menyelamat bersama Kementerian Luar Negeri Republik Kesatuan Myanmar dan Republik Rakyat China sebelum memuktamadkan urusan membawa pulang kesemua rakyat Malaysia berkenaan dengan selamat.

“Usaha itu turut mendapat kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kementerian Luar Negeri terus meningkatkan usaha bagi menangani masalah warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang berminat mendapatkan pekerjaan di luar negara diingatkan supaya berhati-hati dan mengesahkan bidang atau bentuk kerja yang ditawarkan.

Rakyat Malaysia di Myanmar yang memerlukan bantuan dan pertanyaan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Yangon yang beralamat di No. 82, Pyidaungsu Yeiktha Road Dagon Township, 11191 Yangon.

Mereka boleh menghubungi talian 00 951 220 230 / 220 248 / 220 249 00 959 772 220 230 (selepas waktu pejabat) ataupun E-mel: [email protected]. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings