the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Setahun Kerajaan Madani: Malaysia kembali ke landasan betul di peringkat serantau, antarabangsa – Zambry

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar) menyifatkan antara pencapaian besar kementerian dalam arena diplomatik negara sepanjang setahun kerajaan Madani adalah berjaya meletakkan Malaysia kembali di landasan betul, baik di peringkat serantau mahupun antarabangsa.

Beliau berkata perkara itu jelas membantu Malaysia dilihat sebagai sebuah negara dihormati khususnya apabila diundang dan diberikan ruang baru-baru ini untuk menghadiri dua mesyuarat penting Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Yang pertama adalah bagi menyatakan pendirian negara dalam isu Palestin iaitu di Mesyuarat Pleno Sesi Ke-78 Perhimpunan Agung PBB, kedua Debat Terbuka Peringkat Tinggi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) 28-29 Nov.

Di kedua-dua mesyuarat itu di mana beliau mewakili negara, bersama negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan Arab dan negara-negara yang sehaluan di platform PBB meningkatkan momentum dan memberi tekanan supaya hak rakyat Palestin dikembalikan.

“Justeru, saya berpendapat dalam tempoh setahun ini Kementerian Luar membuat anjakan penting dalam usaha letakkan Malaysia kembali di persada antarabangsa, disokong dengan beberapa visi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan BERNAMA selepas menjadi tetamu program bual bicara ‘Naratif Khas’ terbitan RTM bersama moderator Ismail Adnan di sini, Isnin malam.

Terdahulu dalam program bual bicara itu, Zambry berkata perjuangan Malaysia menyokong pembentukan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat bukan sesuatu yang bermusim malah ia adalah perjuangan konsisten dan berterusan bermula seawal kemerdekaan negara.

Mengenai pandangan sinis sesetengah pihak kononnya suara yang diajukan Malaysia tidak berupaya menyelesaikan konflik yang berlaku antara Israel-Palestin, Zambry berpendapat pimpinan Malaysia tidak seharusnya kecewa dengan pandangan sedemikian biarpun Malaysia adalah negara kecil.

“Dengan setiap perjuangan ini kena konsisten, jangan kita kecewa dengan apa berlaku dan walaupun kita hanya sebuah negara kecil, tetapi suara kita yang tegas dan konsisten untuk melihat kezaliman dihentikan dan sebuah negara merdeka bagi rakyat Palestin merupakan satu perjuangan panjang,” katanya.

Beliau berkata Wisma Putra sering mengeluarkan kenyataan hampir setiap bulan tentang konflik Israel-Palestin termasuk isu penempatan haram Israel yang mengeluarkan rakyat Palestin dari kampung halaman mereka.

Mengenai pencapaian hubungan diplomatik yang dijalin Malaysia dengan negara luar dalam tempoh setahun ini, beliau menarik perhatian bagaimana Malaysia berusaha meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelancongan bersama Kazakhstan bagi memanfaatkan potensi hubungan dua hala dengan bekas republik Kesatuan Soviet itu.

Dalam masa setahun ini, hubungan Malaysia dan Kazakhstan bertambah erat dan ada beberapa syor dibuat untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan jumlah penerbangan antara kedua-dua negara itu.

Malah, beliau juga berkata negara Ghana melihat Malaysia sebagai model terbaik untuk diikuti dan perlu ditingkatkan hubungan dua hala.

Mengenai dakwaan OIC seolah-olah mengunci mulut dalam isu keganasan yang berlaku di Semenanjung Gaza, Zambry berkata Malaysia memang mahu melihat pandangan yang lebih tuntas dan mantap daripada OIC berhubung isu berkenaan dan ‘tidak mahu melihat sebuah pertubuhan yang dilihat tidak berfungsi’.

Malah kali ini, hampir keseluruhan anggota negara OIC berlatarbelakangkan pelbagai bentuk kepimpinan dan ideologi termasuk negara yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel lantas bersuara menyatakan tindakan serius perlu diambil di bumi Gaza.

Antara langkah susulan OIC kali ini adalah memanggil sidang di peringkat ketua kerajaan bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.

Mengenai isu Laut China Selatan yang menjadi topik pertikaian pelbagai pihak terutama negara kuasa besar, Zambry berkata Malaysia memang sehaluan dengan pendirian negara anggota ASEAN yang mahu Laut China Selatan dikekalkan sebagai zon bebas dan aman.

“Kita mahu rantau ini dijadikan untuk perusahaan dan sebagai rantau perdagangan yang baik dan aman untuk semua pihak menikmati hasil pergerakan maritim di kawasan berkenaan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings