the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPR keluar 744 kertas undi pos bagi PRK Kemaman

KEMAMAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 744 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus, dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon-calon bertanding.

Beliau berkata daripada jumlah itu 669 kertas undi pos dikeluarkan bagi petugas pilihan raya, pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media; 16 bagi warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara; 47 bagi agensi dan organisasi; serta 12 bagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

“SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2), dan segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi,“ katanya.

Ikmalrudin turut mengingatkan pengundi agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial.

PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

SPR menetapkan 28 Nov dan 2 Dis masing-masing bagi pengundian awal dan hari mengundi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings