the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami isteri rugi lebih RM1.3 juta akibat penipuan pelaburan

KUALA LUMPUR: Suami isteri warga emas kerugian lebih RM1.3 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan sebuah syarikat yang berpangkalan di ibu negara.

Abdul Fattah Yassin, 64, berkata ketika individu lain menikmati usia senja dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga, dia pula perlu bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga.

“Tiada lagi simpanan, kosong, untuk bayar secawan kopi juga perit,” luah usahawan sebuah syarikat Perunding Geometik itu.

Menurut Abdul Fattah, dia bersama isterinya seorang pesara guru masing-masing melabur RM960,000 dan RM360,000 dengan syarikat itu pada pertengahan 2019, menggunakan wang pusingan modal perniagaan, wang persaraan dan simpanan.

Mereka kemudiannya menikmati pulangan dividen pelaburan tiga bulan pertama selepas melabur, sebelum menyedari telah ditipu apabila syarikat pelaburan itu menamatkan operasi dan gagal dihubungi.

“Saya telah terperdaya apabila gagal meneliti syarikat pelaburan ini dan percaya setelah melihat dokumen yang mencukupi serta dimaklumkan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

“Saya juga kenal rapat dengan ejen pelaburan yang juga merupakan bekas pegawai bank. Beliau juga melabur dengan syarikat sama dan kami sama-sama terperdaya. Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku, perkara ini perlu diambil serius oleh pihak berkenaan,“ katanya.

Abdul Fattah ditemui pemberita selepas menyerahkan surat permohonan bagi mendapatkan maklum balas perkembangan semasa siasatan melibatkan hampir 400 mangsa penipuan pelaburan bersemuka bernilai lebih RM140 juta di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Menara KPJ di sini hari ini.

Surat perkembangan semasa di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah berhubung skim pelaburan meragukan tersebut diserahkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim kepada Ketua Unit Siasatan Kad Elektronik JSJK Supt Nooranita Ismail.

Seorang lagi mangsa Harun Mohd Yunos, 63, berkata dia dan isteri kerugian hampir setengah juta ringgit setelah melabur dengan syarikat pelaburan itu pada Oktober 2022 kerana terpengaruh dengan rakan-rakan.

“Saya labur RM250,000 dan isteri melabur RM250,000 menggunakan wang persaraan kami selaku pesara penjawat awam. Kami menerima pulangan dividen enam bulan pertama sebelum syarikat itu lesap,“ katanya.

Sementara itu, Pengarah JSJK Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan telah menerima surat permohonan berkenaan dan siasatan lanjut akan dijalankan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings