the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Johor terima menghadap Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap delegasi Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan di Kuala Lumpur.

Menurut satu hantaran di Facebook baginda, delegasi jawatankuasa berkenaan yang menghadap baginda diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Awang Alik Jeman.

Hadir sama, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Datuk Rozainor Ramli dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

Menurut hantaran itu sesi menghadap itu berlangsung selama hampir dua jam.

Sultan Ibrahim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17, bagi tempoh lima tahun, bermula 31 Januari tahun hadapan.

Terdahulu, turut menghadap baginda di Kuala Lumpur ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings