the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Pahang berkenan terima zakat perniagaan lebih RM30 juta

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (gambar) berkenan menerima serahan zakat perniagaan oleh 14 syarikat korporat berjumlah lebih RM30 juta kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut, badinda diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah selaku Yang Dipertua MUIP dan Timbalan Yang Dipertua MUIP, Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Penyerahan zakat perniagaan didahului FGV Holdings berjumlah lebih RM8.6 juta diikuti FELCRA Berhad Wilayah Pahang (RM4 juta), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang dan CIMB Islamic Bank Berhad masing-masing sebanyak RM3 juta dan Kumpulan Far East Holdings Berhad (RM2.2 juta).

Selain itu, Kumpulan DRB HICOM turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2.1 juta, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) (RM1.9 juta), FOMEMA Sdn Bhd (RM1.7 juta) dan Kedai Emas Ariffin Sdn Bhd (RM1.2 juta).

Turut menyerahkan zakat ialah Kampung Aur Oil Palm Company Sdn Bhd dan Madah Perkasa Sdn Bhd sebanyak RM704,149 selain YP Maintenance Sdn Bhd (RM600,000), Telekom Malaysia Berhad (RM542,590), Affin Islamic Bank Berhad (RM250,000) dan Agrobank (RM157,508).

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Datuk Halidan Md Daud, dalam kenyataan, memaklumkan kutipan zakat harta pada tahun lepas meningkat sebanyak empat peratus iaitu sebanyak RM215.1 juta berbanding RM206.9 juta bagi tahun 2022.

Beliau berkata penyumbang terbesar bayaran zakat harta adalah daripada zakat pendapatan dengan potongan gaji diikuti zakat perniagaan yang diterima menerusi badan korporat dan perniagaan lain. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings