the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian

KUALA LUMPUR: Taekwondo Malaysia (TM) sedang mencongak untuk mendapatkan khidmat jurulatih berkaliber dari Korea Selatan dalam usaha mempersiapkan atlet negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Setiausaha Agung TM R. Dhanaraj (gambar) berkata jurulatih itu diperlukan bagi membantu selain memantau prestasi dua atlet berpotensi negara iaitu Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.

“Kami masih dalam proses mendapatkan profil jurulatih dari Korea Selatan itu dan akan melakukan sesi temuduga sebelum mengumumkannya pada Januari.

“Jurulatih itu merupakan pemenang pingat perak dan gangsa Asia, mempunyai pengalaman kejurulatihan dan turut disyorkan oleh Persatuan Taekwondo Korea,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Sukan di MSN, di sini hari ini.

Dhanaraj berkata kehadiran jurulatih berkenaan dalam masa sama turut dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan skuad kebangsaan dan skuad pelapis pada masa akan datang.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan menyusun semula program yang telah direncana bagi kelayakan Sukan Olimpik 2024 memandangkan tarikh kelayakan telah dipercepatkan daripada Mei kepada Mac depan.

“Pada mulanya kita mempunyai program di Korea Selatan pada Mei depan, tetapi kami akan ubah balik mungkin dengan menghantar mereka pada Febuari dan selepas kembali ke tanah air, mereka terlibat dalam kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik.

“Sebastian sebenarnya berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan mengikuti program di sana, jadi kita akan pantau beliau melalui jurulatih dan untuk Syafiq kita akan hantar ke Korea Selatan untuk latihan,” katanya.

Muhammad Syafiq merupakan pemenang pingat emas kategori bawah 80 kilogram (kg) sementara Sebastian pemenang pingat gangsa (bawah 54kg) pada Sukan SEA Kemboja 2023. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings