the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Taib Mahmud disegani atas perkhidmatan terbaik sepanjang galas amanah

KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud disifatkan sebagai seorang tokoh yang disegani kerana telah memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang menggalas amanah melaksanakan tugas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Abdul Taib yang turut dikenali sebagai Bapa Pemodenan Sarawak itu merupakan satu kehilangan buat negeri tersebut dan juga negara.

“… terlalu banyak jasa dan bakti Allahyarham kepada Bumi Kenyalang. Seorang yang disegani atas perkhidmatan terbaik Allahyarham sepanjang diberikan amanah. Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata jasa, sumbangan dan usaha yang banyak disumbangkan oleh Abdul Taib menjadikan beliau seorang tokoh politik hebat dan pemimpin yang dihormati sepanjang menjadi Ketua Menteri Sarawak ke-4 dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7.

“Berita pemergian Allahyarham merupakan suatu kehilangan besar buat negara, khususnya bagi rakyat Negeri Sarawak. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah,“ katanya.

Selain itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata banyak jasa Allahyarham Abdul Taib yang telah dicurahkan dalam pembangunan dan pemodenan Sarawak sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 1981.

Turut menzahirkan ucapan takziah adalah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang masing-masing mendoakan agar roh Allahyarham Abdul Taib dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pula mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham Abdul Taib diberikan kekuatan dalam berdukacita atas kehilangan Abdul Taib.

Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi hari ini dan pengurusan jenazah Allahyarham dilakukan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching untuk dikebumikan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings