the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Teo: MyGCC terima 12.8 juta panggilan sejak beroperasi pada 2012

KUALA LUMPUR: Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) merekodkan 12.8 juta transaksi atau panggilan perkhidmatan sejak ia mula beroperasi mulai 12 Nov 2012 sehingga 31 Dis 2023.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (gambar) berkata sepanjang tahun lepas sahaja transaksi yang direkodkan MyGCC adalah sebanyak 970,595 iaitu bersamaan 2,659 transaksi setiap hari.

“Setiap hari secara purata, MyGCC masih menerima lebih daripada 2,600 panggilan ataupun transaksi. Jadi memang kami akan terus mengkaji bagaimana kita boleh meningkatkan lagi keberkesanan MyGCC. Kami akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 untuk Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat hari ini.

MyGCC sebelum ini berada di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebelum kini diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Digital Datuk Ugak Kumbong ketika menggulung perbahasan rang undang-undang yang sama bagi Kementerian Digital berkata kes insiden ‘phishing’ atau aktiviti pancingan data berkaitan sistem pembayaran menunjukkan trend penurunan sejak 2019 hingga tahun lepas.

Beliau berkata berdasarkan statistik terkini, sebanyak 7,255 insiden ‘phishing’ telah dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia (CSM) pada 2019 manakala tahun berikutnya dilaporkan sebanyak 6,422 kes.

“Bagi tahun 2021 adalah sebanyak 6,257 insiden, tahun 2022 (4,385) dan tahun 2023 (3,168) yang dilaporkan kepada CSM,“ katanya.

Ugak berkata Kementerian Digital melalui CSM sentiasa merangka strategi dan mengambil langkah berterusan bagi menangani serangan digital yang semakin berleluasa selain bekerjasama dengan badan penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam menangani insiden ‘phishing’ di negara ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings