the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terbuka Malaysia: Penguasaan jaguh beregu campuran Si Wei-Ya Qiong berakhir

KUALA LUMPUR: Saingan Terbuka Malaysia 2024 bagi kategori beregu campuran bakal menyaksikan juara baharu buat pertama kali sejak 2018 sekali gus menamatkan penguasaan pasangan nombor satu dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Ia susulan kejayaan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun memadamkan impian juara empat kali itu untuk menambah satu lagi gelaran, dengan catatan 11-21, 21-18, 21-17 dalam saingan suku akhir di Axiata Arena, di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Si Wei-Ya Qiong mengakui kecewa dengan kekalahan itu tetapi berjanji akan kembali lebih kuat dalam edisi seterusnya bagi merampas semula gelaran juara Jelajah Dunia Super 1000.

“Agak kecewa sebab kali ini tak menang kerana sejak beberapa tahun lepas kami bermain dengan baik di Malaysia, tetapi kita tidak boleh mengawal keputusan. Kami perlu lihat semula video perlawanan dan bersedia dengan lebih baik untuk menentang pasangan Korea itu dalam kejohanan akan datang.

“Secara positif, kekalahan ini akan banyak membantu kami mengenal pasti kesilapan dan kelemahan, jadi boleh berusaha memperbaikinya dalam beberapa bulan lagi sebelum Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai ini,” kata gandingan juara dunia tiga kali itu selepas kekalahan ketiga dalam lima perlawanan menentang pasangan Korea berkenaan.

Selain memenangi Terbuka Malaysia empat kali berturut-turut iaitu 2018, 2019, 2022 dan 2023 (edisi 2020, 2021 dibatalkan susulan COVID-19), pasangan China itu juga merangkul gelaran Malaysia Masters pada 2020 dan 2022 sekali gus menjadikan Axiata Arena sebagai medan terbaik mereka memburu kejuaraan.

Sementara itu, selepas menundukkan juara bertahan, Won Ho-Na Eun menyasarkan untuk terus menampilkan prestasi terbaik bagi merebut gelaran juara sekali gus menjadi pencapaian terbesar dalam karier mereka.

Pencapaian terbaik pasangan nambor tujuh dunia itu sebelum ini adalah memenangi Terbuka Thailand 2023 dalam saingan Jelajah Dunia Super 500.

“Tahun ini benar-benar baharu, jadi kami ingin memulakan dengan cabaran baharu. Kami telah mengkaji pasangan China ini, mereka nombor satu dunia jadi kami perlu kalahkan mereka jika inginkan kejayaan lebih besar.

“Kami mahu muncul juara dalam Terbuka Malaysia kali ini, tetapi sekarang baru separuh akhir. Saya tidak mahu fikir terlalu jauh, satu demi satu dahulu,” kata pasangan itu.

Untuk saingan separuh akhir, Won Ho-Na Eun bakal berdepan beregu campuran Singapura, Terry Hee-Jessica Tan yang terdahulu mengejutkan juara dunia 2021 dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dengan 21-16, 21-19.

Juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu juga sedang berusaha meraih kedudukan tertinggi dalam karier mereka, dengan pencapaian terbaik dalam Jelajah Dunia setakat ini menjuarai Terbuka India 2022 yang berstatus Super 500.

Terry-Jessica juga berhasrat untuk mencipta sejarah sebagai beregu campuran pertama Singapura beraksi di Sukan Olimpik di Paris pada 2024.

“Kami sangat gembira kerana ini separuh akhir pertama kami dalam kejohanan Super 1000. Selepas perlawanan tadi kami macam tak percaya, kami sangat gembira dengan prestasi dan cara kami mencabar lawan hari ini.

“Kami berjaya ke separuh akhir, ini akan meningkatkan peluang untuk ke Paris. Matlamat kami untuk menang sebanyak mungkin perlawanan bagi mengutip lebih banyak mata,” kata pasangan suami isteri itu.

Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan pertembungan antara pilihan kedua Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun dan pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings