the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terbuka Malaysia: Perjalanan Yew Sin-Ee Yi tersekat di suku akhir

KUALA LUMPUR: Perjalanan beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di Terbuka Malaysia, sekali lagi tersekat pada peringkat suku akhir di Arena Axiata di sini, malam ini.

Beregu ranking ke-12 dunia itu, jelas belum menjadi cabaran buat juara edisi 2022 Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, apabila tewas 15-21, 9-21 dalam masa 34 minit.

Ia merupakan kekalahan kelapan buat Yew Sin-Ee Yi dalam 10 pertemuan menentang juara dunia 2021 itu, sekali gus mengulangi nasib sama seperti Terbuka Malaysia 2023 untuk tersingkir pada suku akhir.

Mengulas mengenai perlawanan berkenaan, Yew Sin berkata Hoki-Kobayashi mudah membaca dan mematahkan strategi perlawanan mereka.

“Ia menyebabkan kita tak dapat membuat serangan di depan, dan bertahan pun tak berapa jadi. Kami tak sangka mereka boleh ambil semua pukulan, manakala kami ada melakukan beberapa kesilapan tidak sepatutnya,” katanya sambil mengesahkan mereka tidak akan beraksi pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC).

Ee Yi pula berharap untuk membalas dendam ke atas kekecewaan di hadapan penyokong sendiri, apabila sekali lagi bertemu Hoki-Kobayashi sekali lagi pada pusingan pertama Terbuka India minggu depan.

“Walaupun keputusan untuk sampai suku akhir pada kejohanan berstatus Super 1000 boleh dikatakan permulaan baik dan meningkatkan motivasi kami, namun ia belum cukup kerana kami harapkan untuk pergi lebih jauh. Kami perlu bekerja lebih keras,” katanya yang baru pulih daripada kecederaan lutut kanan.

Yew Sin-Ee Yi mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan nombor lima dunia Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 21-10, 11-21, 24-22, semalam.

Pada aksi separuh akhir esok, Hoki-Kobayashi akan bertemu beregu nombor satu dunia Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 16-21, 21-17, 21-18, yang menyingkirkan juara bertahan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.

Bercakap kepada pemberita selepas aksi berkenaan, Fajar-Muhammad Rian yang merupakan pemenang dua pingat gangsa di Kejohanan Dunia, berkata kekalahan mereka antara yang lain kerana gagal mengawal rentak perlawanan pada set kedua dan ketiga.

“Pada set kedua kami terlalu buru-buru untuk memburu mata sehingga tidak dapat mengawal perlawanan, manakala pada set ketiga kami terpancing dengan rentak perlawanan pantas mereka. Sepatutnya kami lebih sabar dan mengawal tempo perlawanan.

“Kami ini ucap terima kasih kepada semua penyokong dari Malaysia dan Indonesia yang memberikan semangat tadi, kami mohon maaf kerana belum cukup bagus,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TrueHealth Medical lands on HKEX as the first Hong Kong-listed percutaneous surgical robotics player,...

TrueHealth Medical debuted on the Hong Kong Stock Exchange as the first listed specialist in percutaneous surgical robotics, with shares surging 216.96% on the first trading day. The company plans to accelerate commercialization, R&D and expansion of its minimally invasive oncology robotics portfolio.

JustCo app enables on-demand booking of workspace- No monthly membership required

JustCo Holdings Limited ("JustCo"), a Singapore-grown flexible workspace operator with an extensive Asia Pacific network, announced pay-per-use access via the JustCo App, allowing professionals to find, book, and access hot desks and meeting rooms on demand across its network, without membership or upfront commitment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings