the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terengganu umum Belanjawan 2024 bernilai RM1.860b

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu hari ini memperuntukkan sejumlah RM1.860 bilion bagi Belanjawan 2024 negeri itu dengan anggaran defisit sebanyak RM131 juta berbanding belanjawan sebelum ini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (gambar) berkata bertemakan ‘Meneraju Era Baharu Terengganu’, belanjawan itu termasuk RM500 juta caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

“Di bawah Perbelanjaan Mengurus, sebanyak RM84.77 juta diperuntukkan bagi Perbelanjaan Tanggungan dan RM1.775 bilion bagi Perbelanjaan Bekalan iaitu sebanyak RM278.30 juta untuk Emolumen, RM251.48 juta (Perkhidmatan Bekalan); RM23.86 juta (Aset); RM1.220 bilion (Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap); dan RM1 juta (Perbelanjaan Lain),“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan belanjawan itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata bagi Perbelanjaan Pembangunan, ia meliputi RM425.19 juta untuk sektor sosial, RM44.10 juta (sektor pentadbiran); dan RM30.71 juta (sektor ekonomi).

Beliau berkata anggaran hasil negeri pada 2024 dijangka diperoleh sebanyak RM1.860 bilion menerusi hasil cukai berjumlah RM80.06 juta, hasil bukan cukai sebanyak RM169.01 bilion dan terimaan bukan hasil termasuk Dana Khas Kerajaan Persekutuan iaitu hasil petroleum sebanyak RM1.610 bilion.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu turut menggariskan 10 strategi utama untuk diusahakan tahun hadapan, antaranya memastikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kekal mengembang antara 3.5 peratus hingga 4.1 peratus.

Ahmad Samsuri berkata usaha untuk menambah baik infrastruktur di kesemua 28 kawasan perindustrian dan mengeksploitasi kelebihan di kawasan sempadan negeri dan stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu dipergiat, agar jumlah dan imbangan dagangan dapat ditingkatkan sehingga tujuh peratus.

“Industri pelancongan perlu diperkasakan dengan kepelbagaian produk, ketersediaan kemudahan dan pemuliharaan pelbagai sumber untuk menarik 13.2 juta pelawat domestik termasuk 4.5 juta pelancong, meningkat hingga 30 peratus berbanding tahun lalu,“ katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan menubuhkan Majlis Ekonomi Digital dan Pendigitalan Negeri Terengganu untuk memacu penggubalan, pelaksanaan dan pemantauan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Terengganu.

Tidak memperincikan jumlah peruntukan bagi setiap inisiatif yang ingin dilaksanakan menerusi belanjawan itu, Ahmad Samsuri berkata pendekatan itu dibuat setelah mengambil kira kedudukannya sebagai calon dalam Plihan Raya Kecil (PRK) Kemaman bagi memastikan tidak timbul sebarang isu kelak. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings