the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tesla perluas rangkaian stesen pengecasan ke P.Pinang

GEORGE TOWN: Tesla mengumumkan pengembangan rangkaian stesen pengecasannya ke Pulau Pinang dengan membina dua stesen Destination Charging di All Seasons Place di sini dan The Ship Campus di Batu Kawan.

Syarikat automotif dan tenaga bersih yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata peluasan liputan stesen pengecasan ini memberi peluang kepada pemilik kereta Tesla untuk menikmati perkhidmatan mengecas merentas negara dari Singapura ke Johor dan Pulau Pinang.

“Stesen Destination Charging Tesla itu menyediakan pilihan pengecasan yang mudah dan terjamin bagi pemilik Tesla yang mana mereka hanya perlu pasang masuk ke soket dan menikmati pengecasan secara percuma.

“Menerusi aplikasi Tesla, pemilik boleh memantau status pengecasan dan menerima pemberitahuan apabila kenderaan mereka selesai dicas,” katanya.

Stesen The Ship Destination Charging menyediakan lapan pengecas manakala stesen All Season Place Destination Charging menyediakan empat pengecas.

Sehingga kini, terdapat enam stesen Supercharging dan lapan stesen Destination Charging Tesla di Malaysia, yang menawarkan sejumlah 30 pengecas Supercharger dan 37 pengecas Destination Charging di bandar-bandar utama di negara ini.

“Tesla akan terus membina lebih banyak infrastruktur pengecasan di Pulau Pinang dan memperluaskan rangkaian pengecasannya di Malaysia,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings