the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga maut kemalangan libat dua kereta di Kota Tinggi

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki tempatan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 48.8 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi dekat Kota Tinggi pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt. Hussin Zamora berkata dalam kejadian kira-kira 7.25 pagi itu, pihaknya menerima maklumat berkenaan satu kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Gen-2.

“Mereka yang maut adalah pemandu kereta Gen-2 berusia 46 tahun manakala dua mangsa maut berusia 22 dan 28 tahun menaiki kereta Myvi dan ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan namun kenderaan yang terbabit dalam kemalangan tersebut dipercayai dari Kota Tinggi menghala ke Bandar Penawar,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya mayat kesemua mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu lima tahun jika sabit kesalahan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings