the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga warga asing sedia khidmat RTK 2.0 ditahan

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor kerana menawarkan perkhidmatan pembaharuan permit kerja melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 dan Flying Passport di Tampoi di sini, semalam.

Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata suspek yang ditahan pada 1.55 tengah hari itu terdiri daripada dua warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar dengan kesemua berusia lingkungan 20-an.

“Sindiket ini dipercayai telah menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun lalu dengan bayaran RM6,500 bagi satu permohonan. Modus operandi suspek adalah dengan mencari dan mengumpul pasport pekerja asing dari rumah ke rumah yang telah disasarkan mereka.

“Sasaran terdiri daripada warga asing yang mempunyai masalah dalam permohonan lanjutan permit kerja serta pendaftaran Program RTK 2.0,“ katanya pada sidang media di Pejabat JIM Johor, Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata seorang daripada suspek mendakwa sebagai pengerusi syarikat, manakala dua yang lain bertindak sebagai ‘runner’.

“Imigresen Johor turut menyita sebuah kenderaan jenis Lexus RX berwarna hitam selain merampas tiga pasport antarabangsa Bangladesh dan Indonesia, sebuah komputer riba, sebuah ‘external hard disk’ yang mengandungi pelbagai maklumat permohonan RTK 2.0, sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM2,058.

“Jabatan Imigresen tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan permohonan RTK 2.0. Jika ada individu berbuat demikian, itu adalah sindiket yang mengaut keuntungan dengan bayaran tinggi,“ katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966, Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, Baharudin turut memberitahu JIM Johor telah menumpaskan tiga sindiket penipuan berkaitan pembaharuan permit kerja melalui RTK 2.0 dan Flying Passport sepanjang bulan ini.

“Ops Serkap pertama yang dibuat di Iskandar Puteri pada 3 Dis lepas berjaya menahan seorang wanita warga tempatan dan seorang lelaki warga China bersama lima pasport China dan wang tunai berjumlah RM12,100.

“Ops Serkap kedua pula dijalankan pada 8 Dis lepas dengan JIM Johor berjaya memberkas pasangan warga asing di sebuah rumah flat di Pasir Gudang,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings