the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tukang gunting Malaysia, Singgara Vello dapat pengiktirafan Asia

GEORGE TOWN: Seorang tukang gunting membuktikan usaha tidak pernah mengkhianati hasil apabila keringatnya selama 20 tahun dalam bidang itu mendapat pengiktirafan, dinobatkan “Asia Outstanding Barber Award” dalam majlis yang berlangsung di Trichy Tamil Nadu, India, awal bulan ini.

Bukan itu saja, pada majlis sama S. Singgara Vello, 50, yang mengusahakan Verlarz Classic Barber di Lebuh Ah Quee, di sini berbangga apabila turut diiktiraf oleh Asia Award, “Asia Most Sustainable Saloon” atas usaha dan sumbangannya dalam bidang itu terutama kepada golongan kurang bernasib baik.

Pengiktirafan itu adalah yang kedua baginya, selepas kali pertama dianugerahkan “Asia’s Outstanding Saloon Award 2020/2021” oleh badan sama, dua tahun lepas.

Menyoroti kisah hidupnya, bapa kepada seorang anak itu berkata apa yang dikecapinya hari ini adalah hasil usaha tanpa putus asa selepas melalui pelbagai kepayahan dalam hidup apatah lagi hanya bersekolah setakat darjah lima.

Singgara Vello berkata sejak kecil lagi beliau sudah belajar berdikari kerana tinggal bersama bapa saudara selepas kematian bapa dan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan ketika itu membuatkan dia tidak mampu meneruskan pelajaran.

Disebabkan kekangan itu, beliau terpaksa keluar bekerja seawal usia 15 tahun bagi mencari duit poket malah memberitahu pernah menjadi pemandu lori sebelum memutuskan untuk menjadi tukang gunting pada 2003.

“Mendiang bapa mentua, M. Nadeson merupakan tukang gunting sambilan dan dari situ saya mula minat untuk menceburi bidang sama dan belajar cara gunting rambut daripadanya tetapi, dia (bapa mentua) suruh saya ambil kursus kemahiran jika mahu serius dalam kerjaya itu.

“Saya kemudian menghadiri beberapa kursus kemahiran bagi membolehkan saya mendalami ilmu dalam bidang tersebut kerana saya sedar saya tidak pandai dalam pelajaran jadi, untuk maju selain daripada usaha perlu juga ada ilmu dan kemahiran.

“Selepas menamatkan kursus saya berjaya membuka sebuah kedai gunting rambut pertama yang diberi nama Mas Mithra Hair Studio pada Mac 2003 dan pada 2015, saya buka sebuah lagi kedai Verlarz Classic Barber di sini (Lebuh Ah Quee),“ katanya kepada Bernama.

Bertitik tolak dari situ, anak jati Bukit Mertajam itu enggan lagi menoleh ke belakang sebaliknya, memasang impian untuk berkongsi rezeki bersama golongan kurang bernasib baik khususnya anak muda yang keciciran kerana mahu mereka juga berjaya seterusnya mengubah kehidupan masing-masing.

Singgara Vello berkata sejak 2017 beliau telah melatih sekurang-kurangnya 25 remaja dalam bidang berkenaan dan ada di antara mereka kini yang bekerja di kedai gunting miliknya.

Impian dan matlamatnya adalah untuk membuka sebuah akademi bagi membolehkan lebih ramai anak muda dilatih seterusnya membuka peluang kerjaya dalam bidang tersebut dengan memfokuskan individu keciciran dalam pelajaran, bermasalah atau daripada keluarga kurang mampu.

“Semua latihan diberikan secara percuma. Saya sasar untuk membuka (akademi) tahun depan dan kini sedang dalam proses mencari dana bagi membiayai akademi itu selain lokasi yang bersesuaian,“ katanya.

Di samping kerjaya sebagai tukang gunting sepenuh masa, Singgara Vello turut aktif melakukan kebajikan melalui badan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskannya selain pernah bergiat dalam sukan bina badan dan pernah dinobatkan sebagai Mr Penang pada 2014.

“Saya berharap kisah hidup saya dapat menjadi inspirasi dan motivasi kepada anak muda di luar sana. Gagal sekali bukan bermakna kita gagal selamanya, ada minat carilah ilmu kerana ilmu itu penting selain usaha,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings