the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Vigneswaran: Tun M tidak berhak bercakap soal kesetiaan

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak sebarang hak untuk mempersoalkan kesetiaan masyarakat India di negara ini dan kenyataan sensitif yang dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini tidak perlu dilayan sama sekali.

Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran (gambar) berkata parti itu mengambil pendekatan untuk tidak melayan kenyataan sensitif yang dikeluarkan itu malah akan menumpukan fokus kepada perkara lain yang lebih penting.

“Kesetiaan ini adalah satu konsep yang tiada kena mengena dengan Tun M (Tun Mahathir) kerana dia tak setia pada UMNO, dia tak setia pada Bersatu, dia tak setia pada Pakatan Harapan yang telah melantik beliau Perdana Menteri pada 2018.

“… kita tak nak komen pada orang yang tak faham erti setia jadi kalau dia cakap soal kesetiaan biarlah dia cakap kalau dia faham dia pun setia, tak payahlah (untuk dilayan) kita ada kerja lain,“ katanya ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Ponggal berdekatan bangunan MIC di sini hari ini.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir dalam sebuah temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV, mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.

Ketika ditanya jika MIC akan mengambil sebarang tindakan terhadap kenyataan berbaur perkauman itu, Vigneswaran berkata ia terpulang kepada pihak kerajaan.

“Bagi pihak kami di MIC kita dah buat keputusan di bawah Barisan Nasional (BN) pada masa itu dan kita berpegang pada prinsip itu (menghormati perlembagaan),“ katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan status tokoh negarawan yang diterima Dr Mahathir.

“… sebab erti negarawan ini di negara Malaysia ini di mana rakyatnya ialah majmuk, negarawan ini adalah sepatutnya untuk setiap kaum, komen dia tak mengguris hati saya sebab kami setia tetapi dia yang tak faham erti setia itu,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings