the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas didakwa tipu dapatkan gelaran 'Datuk' dan sembunyi wang RM12,500

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk mendapatkan gelaran ‘Datuk’ dan menyembunyikan wang berjumlah RM12,500 dalam akaun miliknya.

V.S Suwaminathan, 62, yang tidak bekerja mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret S.Mageswary dan Wong Chai Sia.

Lelaki itu didakwa menipu lelaki berusia 65 tahun itu dengan memperdayakannya bagi mendapatkan gelaran Datuk yang sebenarnya tidak wujud sehingga mendorong mangsa memindahkan wang RM15,000 melalui tiga transaksi ke akaun bank miliknya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Taman Maluri, Cheras di sini antara 3 Jun hingga 17 Ogos 2015. Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan menolong menyembunyikan atau mengalihkan wang berjumlah RM12,500 milik seorang lelaki yang dimasukkan ke dalam akaun bank tertuduh.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Jalan Klang Lama di sini pada 28 Mei hingga 29 Mei 2017 mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mahkamah itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 11 Jan depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi dan Sareeka Balakrishnan manakala tertuduh diwakili peguam L. Mehnagha. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Banyan Group Residences Unveils Exclusive Banyan Tree Beach Residences Varuna at Laguna Phuket

PHUKET, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Banyan Group Residences has unveiled Banyan Tree Beach Residences Varuna, a collection of just eight beachfront townhomes within Laguna Phuket.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings