the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas sesat ketika daki bukit ditemukan meninggal dunia

SHAH ALAM: Lelaki warga emas yang dilaporkan tersesat ketika mendaki bukit berhampiran Persiaran Shorea Seksyen U16 di sini, ditemukan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mangsa berusia 64 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada 7.50 malam.

Beliau berkata mangsa mendaki bukit berkenaan seorang diri pada 9.30 pagi semalam dan sempat menghubungi anaknya pada 3.43 petang setelah gagal menemukan jalan pulang.

“Susulan itu bomba melakukan gerakan mencari dan menyelamat namun gagal mengesan mangsa sehingga pada 7.50 malam tadi mangsa dijumpai oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan selanjutnya.

Mohd Iqbal berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi Inspektor Saipol Paizi di 012-5781435 untuk membantu siasatan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings