the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga siber kongsi luahan hati pemerintahan Al-Sultan Abdullah tamat hari ini

KUALA LUMPUR: Melengkapkan tempoh lima tahun pemerintahan dengan pelbagai cabaran, keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah meninggalkan kesan kepada rakyat.

Tinjauan Bernama di laman sosial mendapati rata-rata warga siber meluahkan rasa sedih bercampur bangga kerana sempat merasai tampuk pemerintahan Seri Paduka bersama suri hati yang sentiasa mencuit emosi dan hati rakyat.

Pengguna laman X@salzian dalam hantarannya berkata Al-Sultan Abdullah telah menyumbangkan jasa ketika negara menghadapi momen getir sudah pasti akan diingati sebagai antara Yang di-Pertuan Agong terbaik pernah menerajui tampuk pemerintahan negara.

“Tuanku sudah pasti akan dikenang sebagai seorang daripada Agong terbaik Malaysia. Warisan baginda akan bergema sepanjang masa, bukti pemerintahan yang luar biasa. Daulat Tuanku!” menurut hantaran di akaun itu.

Bagi @khairunnisa2023, pemerintahan Al-Sultan Abdullah yang penuh liku dan ranjau terutamanya dalam menyelesaikan kemelut politik negara sehingga terbentuknya Kerajaan Perpaduan adalah bukti kebijaksanaan yang telah memberi impak signifikan dalam membentuk kestabilan negara.

“Tuanku telah membuktikan kebijaksanaan Tuanku sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan membentuk Kerajaan Perpaduan. Pemerintahan Tuanku akan dikenang oleh rakyat. Daulat Tuanku!,” katanya menerusi laman X.

Selain itu, ramai warga siber turut memuji sikap Al-Sultan Abdullah yang berjiwa rakyat selain sering mengangkat martabat wanita.

“Terima kasih kerana telah melakar sejarah yang cukup bermakna buat Malaysia. Juga Agong yang sentiasa mengangkat martabat isteri semasa mana-mana istiadat.

“Mulut tidak lekang menyebut fungsi Permaisuri Agong. Tahniah baginda berdua. Memerintah dengan penuh bijaksana,” komen pengguna dengan nama Farish Harraz Haura di Facebook.

Faizarul Ilya Madznan di laman Facebook pula berkata: “Rasa kehilangan pula apabila hari ini hari terakhir Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong… sedih kerana negara kehilangan Yang di-Pertuan Agong berjiwa rakyat,” komennya di laman Facebook.

Al-Sultan Abdullah yang memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 30 Jan 2019 akan digantikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings