the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wau dihiasai lampu led meriahkan suasana malam Kampung Panchor

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

PENDANG: Puluhan wau yang dipasang lampu diod pemancar cahaya (LED) menjadikan suasana malam di Kampung Panchor di sini cukup meriah sekali gus menarik kehadiran ramai termasuk penduduk kampung berhampiran.

Sekumpulan penduduk di kampung itu menjadikan permainan wau pada waktu malam sebagai aktiviti selepas solat tarawih susulan cuaca panas pada sebelah siang.

Seorang penduduk Muhammad Ammar Mohd Kamal, 24, berkata aktiviti itu yang pada awalnya dimulakan lima belia kampung tersebut kini disertai kira-kira 40 penduduk pelbagai peringkat usia.

Muhammad Ammar berkata penduduk menerbangkan wau masing-masing sekitar 11 malam dan bermain selama tiga hingga empat jam.

“Sebelum ini, kami main pada waktu siang tetapi sebab cuaca panas sekarang ini kami beralih pada sebelah malam selepas solat tarawih dan tak sangka ramai datang tengok…kadang-kadang sampai ratusan orang datang,“ katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.

Bagi Muhammad Firdaus Ahmad, 26, pembuatan wau yang ringkas dan murah menjadi antara faktor ramai penduduk kampung menyertai permainan tradisional itu pada waktu malam.

Beliau berkata setiap wau dengan panjang semeter atau lebih hanya memerlukan bahan iaitu buluh dan plastik selain lampu LED berwarna-warni yang dilekatkan pada wau mengikut kreativiti masing-masing.

“Walaupun pembuatan wau ringkas tetapi hanya ada beberapa orang di sini yang boleh membuat wau, jadi kami juga akan tolong buat wau bagi mereka yang nak main,“ katanya.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Komuniti Penduduk Kampung Panchor Mohamad Mohd Saad, 65, berkata aktiviti permainan wau itu dilihat dapat mengeratkan hubungan penduduk di kampung tersebut.

Menurutnya penyertaan golongan belia dan remaja juga dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti tidak bermanfaat seperti bermain mercun atau melepak pada waktu malam.

“Aktiviti main wau ini juga dah tular, jadi macam tarikan di kampung ini. Ia sudah menjadi satu kemeriahan menjelang Aidilfitri yang boleh menarik anak-anak perantauan pulang ke kampung menyambut Hari Raya nanti,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia will not offer cheap power and water to data centre operators – Johari

Malaysia will not allow foreign data centre operators to exploit its electricity and water resources without delivering meaningful benefits to the country, Investment, Trade and Industry Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani told the Dewan Rakyat today.

Most Viewed

spot_img