the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid: Baik pulih cerun di Sungai Ruil akan dipercepatkan

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memendekkan tempoh perolehan bagi memperbaiki cerun di penempatan di Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata dekat sini yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh, 12 Okt tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata perkara itu bagi mempercepatkan tempoh pembaikan cerun tersebut yang dijangka mengambil masa dua tahun, membabitkan peruntukan RM3 juta.

“…Oleh kerana tempoh untuk reka bentuk dan juga tempoh perolehan serta penyiapan itu terlalu panjang, kami akan melakukan tindakan bagi memperolehi kelulusan khas untuk memendekkan tempoh perolehan dengan kaedah-kaedah yang diluluskan Kementerian Kewangan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak bencana tanah runtuh berkenaan, di sini hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Ruil, yang menempatkan 88 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas akibat tanah runtuh itu.

Dalam kejadian 10.56 pagi 12 Okt tahun lalu, cerun di penempatan Orang Asli Sungai Ruil terjejas akibat runtuh, menyebabkan enam buah rumah dan beberapa kenderaan penduduk terjejas.

Susulan kejadian itu, 17 keluarga diarah mengosongkan rumah masing-masing dan ditempatkan di PPS Dewan KOA Sungai Ruil.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata beliau diberi jaminan oleh Jabatan Kerja Raya, bahawa struktur kediaman penduduk adalah stabil dan kukuh, justeru penduduk tidak perlu bimbang jika mereka perlu pulang ke rumah masing-masing apabila tiba masanya nanti.

Dalam pada itu beliau berkata Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menanggung sepenuhnya pembayaran sewa kuarters Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menempatkan 17 keluarga terjejas itu, mulai Februari depan.

TNB katanya sebelum ini bersetuju menawarkan sewa RM500 seunit dan mengecualikan bayaran deposit sewaan selama tiga bulan dan penduduk akan tinggal sementara di kuarters itu selama dua tahun. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings