the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim (gambar) yang melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau serta seluruh warga kementerian mendoakan agar Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sentiasa sihat sejahtera.

“Patik mendoakan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sentiasa sihat sejahtera dan kekal mentadbir negara dengan penuh kebijaksanaan demi rakyat tercinta.

“Menjunjung kasih Tuanku. Daulat Tuanku,” katanya dalam catatan menerusi Facebook.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan di Istana Negara hari ini ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada Oktober tahun lepas bagi tempoh lima tahun bermula hari ini. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings