the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zii Jia mara ke suku akhir Masters China

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia (gambar) meneruskan momentum cemerlang di Masters China apabila mara ke suku akhir hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di arena Gimnasium Teluk Shenzen menyaksikan pemain di kedudukan ke-11 dunia itu mudah menundukan wakil tuan rumah Lu Guang Zu 21-10, 21-12 dalam perlawanan yang mengambil masa 40 minit.

Mengulas mengenai perlawanan hari ini, pemain kelahiran Kedah itu berkata kekal tenang dalam gelanggang menjadi kunci untuk mengekalkan momentum kecemerlangan.

“Cuba untuk lebih sabar ketika dalam gelanggang, ia berjalan dengan jika saya lebih tenang. Ia menjadi kelebihan besar buat saya.

“Sudah tentu saya mahu ke final…saya harap saya dapat mara sejauh mungkin. Saya cuba untuk lebih menikmati (permainan),” katanya menerusi rakaman audio dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Juara Terbuka Arctic 2023 itu dijadual berdepan pencabar dari Jepun, Kenta Nishimoto yang mengetepikan juara dunia Kunlavut Vitidsarn 21-15, 21-23, 21-10. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Addressing medical inflation

Consumers are struggling as medical insurance premiums surge, with over 340,000 dropping coverage amid calls for price regulation and stronger public healthcare

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings