KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid meninggal dunia di sebuah hospital pada 1.40 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga Ahmad Sarji dalam satu kenyataan hari ini.

“Jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan dimaklumkan kelak,” menurut kenyataan itu.

Allahyarham merupakan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan bekas Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996.-Bernama