the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja lemas terjatuh dalam longkang di Skudai

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berkedalaman dua meter di Jalan Mahkota 7, Taman Ungku Aminah, Skudai, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian yang melibatkan remaja tempatan berusia 13 tahun itu pada jam 4 petang.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Brenhart Igoh Ajun, bersama dua rakannya yang tinggal di flat berdekatan dipercayai cuba melintas longkang tersebut, namun mangsa gagal dan terus terjatuh ke dalam longkang yang ketika itu air sangat deras.

“Pasukan Keluaran Operasi bertindak menggunakan seunit tali dan masuk ke dalam pembentung bagi menyelamatkan mangsa yang tersangkut, selepas itu mangsa dibawa ke tempat selamat,“ katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pasukan turut melakukan prosedur resusitasi kardiopulmonari (CPR) sementara menunggu pihak Kementerian Kesihatan tiba di lokasi kejadian, namun mangsa selepas itu disahkan telah meninggal dunia.

Mohamad Riduan berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings