the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sindiket minyak masak subsidi: Reman lelaki bergelar “Datuk” dilanjutkan tiga hari

KOTA BHARU: Seorang lelaki bergelar “Datuk” yang disyaki terlibat dalam sindiket penyelewengan 11,050 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi disambung reman selama tiga hari bermula esok.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di sini hari ini, selepas membenarkan permohonan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek lelaki berumur 28 tahun itu mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Suspek disiasat kerana memiliki barang kawalan minyak masak bersubsidi dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Terdahulu, lelaki terbabit yang memakai baju lokap polis berwarna ungu dan menutup muka, tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 9.32 pagi.

Pada Jumaat lepas, Bernama melaporkan dua anggota penguat kuasa antara lapan individu yang ditahan kerana disyaki bertindak mengatur aktiviti counter setting bagi sindiket penyelewengan 11,050 kg minyak masak bersubsidi di sekitar Pasir Mas.

Operasi berkenaan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings